Monday, March 23, 2009

Kupasan : Ramai guru sakit jiwa

This morning, before aku btolak pergi kerja sempat jugakla jenguk TV3- Malaysia hari ini...dibangkit la pulak issue ; Ramai guru sakit jiwa,merasa aku cari isu itu di kosmo. Memang betul ke isu yang dikupaskan, entahla no komen. mungkin betul mungkin tidak. Apa komen anda? kita ikut sedutan dari kosmo:

"
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar."

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails