Wednesday, June 10, 2009

Ziana Zain : Hamil Kembar Lelaki Dan Perempuan?

Artikel ni aku ambik dari www.murai.com.my dorang ada tulis mengenai Kak G, nak baca? mek baca sama2 k

KL, 4 JUN 2009: Cerita Ziana Zain mengandung bukanlah lagi rahsia dan ramai juga telah mengetahui bahawa penyanyi lagu Lembah Asmara dan Puncak Kasih itu sedang mengandungkan anak kembar.
Terbaru yang sampai ke telinga Murai Batu, Ziana dikatakan telah pergi membuat ujian imbasan kandungan dengan pakar perubatan dan mendapat khabar yang menggembirakan bahawa anak kembarnya itu adalah lelaki dan perempuan! Bagaimanapun, kata sumber itu, Ziana akan membuat satu lagu ujian imbasan 3-D apabila kandungan mencecah 8 bulan tidak lama lagi bagi mengesahkan lagi perkara itu. Murai Batu tahu, apabila Ziana dilaporkan mengandung anak kembar, ia bukan sesuatu yang mengejutkan keluarganya kerana ibu Ziana sendiri juga mempunyai pasangan kembar. Jadi ia ada kaitan dengan unsur genetik dalam salasilah keluarga Ziana dan Anuar Zain sendiri. Dalam pada itu, rakan wartawan di murai.com.my cuba juga bertanya pihak Ziana kalau-kalau boleh mengambil gambar terbaru Ziana itu namun permintaan itu belum dapat dipenuhi buat masa ini. Dengar kata keadaan fizikal Ziana memang sangat besar berbanding ketika dia hamil dulu, maklumlah kali ini kan anak kembar. Tak mengapa, kita faham dengan situasi Ziana yang tengah sarat dan perlu banyak berehat. Murai Batu dan kaum kerabat murai.com.my dari jauh hanya mendoakan kesejahteraan Ziana agar dapat melahirkan anaknya itu dengan selamat nanti. Murai Batu: Siapa tahu, selepas Erra Fazira, mungkin ada pihak pula terlintas untuk terbitkan pogram realiti TV untuk bayi kembar Ziana pula.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails