Sunday, July 26, 2009

Gugu Gaga - Ziana Zain @ Astro Ria

Sumber:Harian Metro Online
Tarikh:26th July 2009

SELEPAS mendapat sambutan hangat, CAK dengar program realiti Gugu Gaga Erra yang disiarkan menerusi Astro Ria akan disambung. Namun bukan lagi memaparkan kehidupan Erra Fazira dan puteri kesayangannya, Engku Alesya, tetapi rakan artis popular lain yang baru melahirkan bayi. Antara nama yang disebut-sebut menggantikan Erra adalah Ziana Zain yang baru saja melahirkan cahaya mata kembar, Khamis lalu. CAK dengar mulanya Ziana berminat, tapi sayangnya dia terpaksa menolak kerana suaminya tidak suka kehidupan peribadi mereka menjadi tontonan ramai. Kalaulah projek itu jadi, mesti seronok dapat melihat aksi Ziana dengan puteri kembarnya.

Namun apa boleh buat, kita kena hormati permintaan ahli keluarga.
Siapa agaknya yang akan menggantikan Erra selepas ini kan? Adakah Que Haidar dan Linda Jasmine?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails