Saturday, November 14, 2009

Ramai tunggu gambar anak kembar Ziana Zain


Banyak peminat sedang menunggu masa untuk menatap wajah anak kembar penyanyi Ziana Zain. Lambat betul penyanyi bersuara lantang tu membenarkan pihak media merakam wajah anak kembarnya.

Pihak media kerap meminta kepada pengurus Ziana untuk merakam gambar terbaru Ziana bersama anak kembarnya. Alasan yang diberi ialah penyanyi itu belum bersedia kerana sedang berpantang. Lamanya Ziana berpantang ya.

Ziana Zain.
Agaknya ada sebab tertentu membuatkan Ziana belum sedia. Mungkin juga dia terikat dengan perjanjian.

Manalah tahu Ziana dan anak-anaknya bakal muncul secara eksklusif di mana-mana media.

Ada juga terdengar Ziana terikat dengan penggambaran program realiti yang membabitkan anak-anaknya itu.

Selagi belum selesai penggambarannya dan selagi ia belum disiarkan kepada umum selagi itulah Ziana kena duduk diam dulu.

Ingat tak Erra Fazira dulu. Bukan main lagi berahsia dan enggan membenarkan pihak media merakam gambar anak sulungnya. Rupa-rupanya dia terikat dengan program Gugu Gaga Erra.

Agaknya Ziana dan anaknya juga sedang sibuk menjalani penggambaran. Tunggulah bila agaknya masa Ziana sedia berkongsi cerita indah bersama media dan memuaskan hati peminat.

Ziana Zain belum sedia tunjuk anak... sampai bila? Tak tahulah.

Source: Mangga Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails