Saturday, March 20, 2010

Cara membayar saman JPJ

Cara membayar saman JPJ

Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun


1. saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.

2. saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman


Dimana saman boleh dibayar


Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut :-


1. Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ

2. Melalui perkhidmatan e-Services


Cara-cara pembayaran saman


1. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran

2. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.

3. Bayaran boleh dibuat secara tunai. .

4. Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.

5. Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan eservices


Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun .
Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ.


Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 , bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut


http://www.eservices.com.my

http://www.rilek.com.my

http://www.myeg.com.my

Source: JPJ Online

1 comment:

  1. nk tya ckt..klo kna cek cermin glap kerta kat jpj,kta xpergi,apa tndakan jpj kat kta?bpa kta kna byar?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails