Wednesday, June 16, 2010

Ziana Zain @ Mentor 4 - 13June2010

Mentor 4: 'Mamat' make it to semifinal !

Keputusan konsert terakhir Mentor Kumpulan B malam kelmarin menyaksikan keputusan di luar jangkaan. Apa tidaknya, protégé Ziana Zain, Mohd yang jauh ketinggalan sebelum ini, tiba-tiba meloncat naik ke tangga teratas dengan mata keseluruhan 102. Keputusan itu sekaligus menyingkirkan protégé Mus, Ayim yang sebelum ini mengungguli carta Kumpulan B. Ayim hanya mampu mengaut 98 markah, manakala protégé Dayang Nurfaizah, Adi bertahan di tempat kedua dengan 101 markah.


Sementara itu, Ziana menyuarakan rasa gembiranya kerana Mohd dapat terus mara ke peringkat separuh akhir.

“Sebenarnya untuk malam ini saya sudah sedia untuk menang atau kalah. Bagaimanapun, saya tidak fikirkan tentang kemungkinan terkeluar. Saya dan Mamat hanya buat persediaan sebaik-baiknya untuk persembahan pada malam ini dan alhamdulillah, kami berjaya, “ ujar Ziana."

The best ever on that night, Mentor 4 menjemput Ziana Fans- Hafeez to perform too.. let we watch this.. for me.. best sgt !!


*** If you need mp3 copy, pls feel free visit webmp3malay

Source:
  1. Facebook - ZianaZain
  2. Facebook - Mohd
  3. webmp3malay
  4. Gua
  5. Youtube

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails