KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Lanjut
Komen:
Memang harus dikenakan hukuman mati, kalau tak berterusan kes ni tak ada jalan penghujungnya. So sapa2 nak buat kerja ini, berpikirla banyak kali. Dah mati tambah lagi siksa di alam barzakh ! Hopefully lepas ni tiada lagi kes2 buang bayi ni ! apa komen anda?
Source: Bharian
No comments:
Post a Comment