Monday, January 31, 2011

Debaran Francissca Peter Selepas 33 Tahun

Info @mStar

Debaran Francissca Peter Selepas 33 Tahun

BERPELUANG membuat persembahan di pentas berprestij Istana Budaya pada 5 dan 6 Februari ini, penyanyi Francissca Peter atau Fran mengakui teruja menghitung hari untuk acara yang penuh bermakna dalam “Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter”.

Biarpun tempoh sebulan yang diperuntukkan kepadanya untuk mempersiapkan diri terlalu singkat, Fran berharap ia dapat melakukannya dengan sehabis baik.

Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca PeterJelas Fran, konsert berkenaan adalah penghargaan atau hadiah kepada peminat-peminat yang masih memberi sokongan terhadap kerjayanya sejak berkecimpung dalam industri seni.

“Pertama kali diberi kepercayaan membuat persembahan di Istana Budaya sudah tentu perasaan bercampur baur, teruja dan berdebar menantikan tarikh tersebut.

“Buat masa sekarang saya sibuk dengan promosi, manakala latihan penuh bersama orkestra akan dilakukan bermula 1 Februari nanti.

“Saya percaya Datuk Ramli MS akan membuat yang terbaik untuk konsert itu nanti,” katanya yang mendapat khidmat Ramli selaku pengarah muzik.

Konsert yang bakal mengimbas nostalgia lama ini akan menampilkan lagu-lagu popular yang menjadi siulan satu masa dahulu seperti Kehebatan Cinta, Oh La La Tropika, Sekadar Di Pinggiran, Kerana Terpaksa dan Aku Hanya Pendatang.

Tiket menyaksikan konsert berkenaan dijual dengan harga RM99, RM149, RM189, RM239 dan RM299 yang boleh didapati secara dalam talian di www.francisscapeter-consert.com, www.airasiaredtix.com dan www.ticket2u.biz atau telefon 03-41478600. more news

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails