Sunday, April 11, 2010

Ziana Zain - Lets support ZZ in Mentor 4

Ziana Jangka Ramai ‘Adik-Adik Lembut’ Datang Ujibakat Mentor 4

SESI ujibakat Mentor musim keempat akan bermula pada 21 Februari sehingga 21 Mac ini bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang. Dua destinasi di Malaysia Timur akan dilakukan secara berasingan iaitu di Promenade Hotel, Kota Kinabalu (21 Februari) dan Merdeka Palace, Sarawak (28 Februari). Seterusnya, ujibakat Mentor akan berlangsung di Sri Pentas, TV3 dimulai dengan mentor pertama Ziana Zain pada 6 Mac, Mas Idayu (7 Mac), Mus May (13 Mac), Azmeer (14 Mac), Joe Flizzow (20 Mac) dan Dayang Nurfaizah (21 Mac).

Sama2 kita saksikan sedutan persembahan terbaik Ziana Zain dulu:


Antara keenam-enam mentor itu, penyanyi Ziana menjangkakan ramai golongan ‘adik-adik’ atau lelaki lembut akan menyertai sesi ujibakat yang dikendalikan olehnya.



Menurutnya, setiap kali konsert yang diadakan sebelum ini, ramai golongan ‘adik-adik’ yang datang. “Golongan ‘adik-adik’ mesti ramai yang akan datang ke sesi ujibakat Mentor kendalian saya nanti sebab mereka selalu datang semasa konsert saya. “Saya pun tak tahu bagaimana mereka boleh meminati saya. Apabila saya tanya kenapa minat saya, mereka kata sebab suka tengok fesyen dan mekap saya. Dari situ, segala ekspresi diri saya menjadi ikutan mereka.

“Saya tak sangka mereka menyukai saya. Bagi saya tak salah mereka buat begitu dan sentiasa alu-alukan mereka tanpa mengira rupa mereka,” katanya yang turut akan sibuk mengendalikan program TV Hip TV di TV9 mulai Mac ini. Ziana berkata sekurang-kurangnya sesi ujibakat itu boleh menjadi medan golongan seperti ini untuk menunjukkan bakat terpendam masing-masing.

Penyanyi yang lebih cenderung ke arah muzik balada ini berkata dia memfokuskan kepada kriteria protégé yang benar-benar berbakat, boleh menyanyi dan menari, ‘bertelinga kebal’ dan menepati masa. Menyentuh tentang ‘telinga kebal’, Ziana menjelaskan dia mahukan seseorang yang boleh menerima teguran sepertinya. “Saya seorang yang bertelinga kebal dan boleh menerima kritikan. Kalau nak berjaya, jangan malu untuk selalu belajar benda yang baru walaupun sudah bagus,” jelasnya.

Bercerita mengenai penerimaan tawaran itu, dia berkata Mentor bukanlah program realiti pertama yang menawarnya. “Sebelum ini saya pernah mendapat tawaran untuk menyertai program seperti ini tetapi selalu tolak kerana sibuk dan tahun lepas saya mengandung. “Jadi kali ini saya perlu terima kerana sudah berjanji dengan mereka. Lagipun saya dapat tahu ramai peserta ujibakat yang suka menyanyikan lagu saya sebelum ini. “Saya tak kisah jika mereka hendak meniru gaya saya asalkan mereka mempunyai asas nyanyian dan identiti sendiri. “Cantik mana pun, kalau tiada bakat tak ke mana juga. Saya berharap yang datang ke ujibakat itu nanti adalah yang betul-betul sudah bersedia untuk menyanyi,” tuturnya lagi yang telah menerima tawaran untuk menjayakan sebuah program berbentuk ketuhanan di Istana Budaya .

Penyanyi dan pelakon yang popular menerusi lagu Dingin, Puncak Kasih dan Madah Berhelah ini berkata dia berminat untuk menyertai program itu namun perlu melihat kelapangan jadual kerjanya dahulu.

Mentor 4 akan bermula 11 April depan, setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3.

Berikut sedikit paparan dari audition mencari protege Ziana Zain:


Source:
Facebook Mentor 4
Fiq Online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails