Friday, April 23, 2010

Ziana Zain @ Mentor 4

Ziana Zain @ Mentor 4

Dalam pencarian protege, Mentor 4 turut memberi laluan kepada penyanyi Ziana Zain dalam menggerakkan perjalanan program tersebut untuk duduk di kerusi mentor. Sama seperti mentor yang lain, misi Ziana hanyalah satu iaitu mencari bakat-bakat baru yang mampu digilap dalam bidang nyanyian. ''Saya tidak mahu mereka ini jadi seperti atau meniru gaya Ziana Zain. Itu tidak perlu. Mereka harus ada identiti sendiri ketika menyanyi. Tetapi, vokal juga haruslah bagus. ''Kalau uji bakat bersama Ziana Zain, saya tidak diskriminasi jantina. Mana yang bagus, itulah yang saya pilih,'' kata Ziana ketika ditemui di sesi uji bakat Mentor 4 yang dilangsungkan di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.

Ini merupakan kali pertama Ziana dipilih sebagai mentor dan lebih 300 orang telah mendaftar untuk menjalani sesi uji bakat bagi mencari peluang menjadi protege penyanyi tersebut. Menyambung bicara mengenai Mentor 4, ulas Ziana, selain kriteria yang disebutkan, dia turut mencari protege yang boleh menerima teguran dan kritikan. Bagaimanapun katanya, apa yang paling penting untuk menjadi protege di bawahnya ialah menepati masa. Ditanya mengenai sikapnya selaku mentor, Ziana bertegas bahawa dia tidak akan menjadi seperti orang lain.

Sama-sama kita berkenalan dengan protege kak Ziana kita...

Name: Ketty Natalia Binti Rasul (Thalia)
Race: Malay

Age: 23

D.O.Birth: 13 September 1987

Height: 167 cm

Weight: 50 kg

kalau nak lebih mengenali Thalia, sila rujuk laman facebook beliau : click


Rujukan :
1.
utusan online

2. Tv3
3. Facebook

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails