Tuesday, May 25, 2010

News : Mayat bayi ditemui ditanam di landasan kereta api

Lagi...dan lagi.. apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia sekarang... ayoyo... inikah tandanya?

(Picture just ilustration)

2010/05/25
SHAH ALAM: Polis menemui mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditanam berhampiran landasan kereta api berdekatan Stesen Komuter Padang Jawa, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 10 malam memaklumkan mengenai penemuan longgokan tanah berupa kubur kecil.
"Polis kemudian menggali longgokan tanah itu dan menemui satu benda dibalut kain putih. Apabila dibuka didapati ada mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Noor Azam berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Photo: KETUA Rela Mukim Bukit Raja, Kapten Roslan Yahya, 57, (kiri) menunjukkan lubang tempat mayat bayi ditemui di tepi landasan kereta api berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa, Shah Alam, semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.



Source: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails