Tuesday, May 4, 2010

Ziana Zain @ Mentor 4 - 03May2010


Berikut paparan konsert pengenalan Rancangan Mentor 4 (May 03, 2010) bersama kak Ziana kiter dengan protegeenya.. Thalia.. yang bestnya ada parti birthday kak Ziana malam itu.. walaupun aku tak sempat menonton kerana tertengok Filem Iron Man 2.. heheh so no komen sangat la pasal konsert ni..

Apa kata kak Ziana Pasal konsert pengenalan ni:



Sama seperti protege lain, Thalia juga mempunyai masalah yang sama iaitu rasa sedikit gementar. Itulah sebabnya saya mahu dia sentiasa fokus. Bukannya apa, bila kita tidak fokus, ia memberi peluang kepada kita untuk melakukan lebih banyak kesalahan. Namun setakat ini, saya berpuas hati dengan persembahan Thalia dan rasanya dia telah melakukan yang terbaik. Mengenai lagu pilihan pula, saya merasakan lagu yang rancak sesuai untuk konsert pengenalan.

Maklumlah, kalau awal-awal lagi telah disogokkan dengan lagu yang perlahan, takut orang yang menonton bosan pula. Selain itu, dalam merancang persembahan Thalia, saya tidak mahu dia menjadi saya. Semua pilihan lagu adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan Thalia. Tidak semestinya mentornya boleh menyanyi lagu-lagu yang bernada tinggi, protegenya juga mampu melakukan perkara yang serupa. Jadi semua aspek ini perlu dilihat sebelum sesebuah lagu dipilih untuk dipersembahkan oleh Thalia.

Paling best, dapat tgk anak kak Ziana yang comel2 gitu:



Source:
1. Gua.com.my
2. Thalia Facebook
3. ZianaFolks

2 comments:

  1. dayanadyesebel@yahoo.comMay 4, 2010 at 4:49 AM

    mmag mriah dek no.........
    rase x puas tgok kak g kte ni .....of coz lh ratu segale ratu klu x mse kn dia ttap bertahan sampai skrang .....{ dri rezki allah limpah kn }
    em.......ok elly iskanda pun siap buat pgmuman dia ada lh perminat stia ziana zain.........
    thun ni kte semua doa kn agar kak.g kte ni mng k.............

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails