Tuesday, November 30, 2010

News : Kadar Baru Kompaun Saman Trafik Mulai 1 Disember 2010

Berkuatkuasa 01Dec2010, semua saman trafik yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberi insentif 50 peratus dari kadar kompaun sebenar.

Insentif berkenaan bagaimanapun hanya untuk saman yang dikeluarkan selepas 30 November 2010.

Trafik PDRM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menawarkan satu kadar kompaun munasabah bagi semua saman trafik mengikut ketetapan.

Bagi saman yang dikeluarkan pada atau sebelum 30 November 2010, kadar munasabah akan diberikan secara automatik bagi semua kaedah pembayaran sama ada di kaunter trafik, pejabat pos atau internet.

Source: Jabatan Penerangan Malaysia

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails