"Drama bersiri V yang ditayangkan pada setiap Sabtu bermula 24 Julai lalu pukul 8.30 malam di saluran ntv7 akan merungkai lanjut plotnya.
"Seperti yang diketahui ramai, drama V pernah ditayangkan pada tahun 1980-an. Disebabkan popularitinya, ia dibikin semula dengan menggunakan teknologi terbaru. Versi 2009 ini pasti ditambah dengan lebih banyak aksi dan kesan khas," kata Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul pada sidang media mempromosikan drama tersebut.
Dibintangi oleh Elizabeth Mitchell, Morris Chestnut, Lourdes Benedicto, Joel Gretsch dan Scott Wolf, siri itu telah meraih rating tinggi pada tayangan perdananya di Amerika Syarikat dengan jumlah penonton mencecah 14.3 juta."
Oh yeah, finally they come again but this time @NTV7, lets be at home saturday night.. love so much !!!