Friday, July 9, 2010

News : Ariel Turut Beraksi Lucah Dengan Empat Lelaki?

Ariel Turut Beraksi Lucah Dengan Empat Lelaki?

JAKARTA: Ketika industri hiburan di Indonesia kecoh dengan penahanan Ariel kerana melakukan adegan porno dengan dua artis secara berasingan, bekas penyanyi Peterpan itu rupa-rupanya turut melakukan aksi serupa dengan lelaki.
Ketua Penerangan Awam, Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta mengaku menemui sejumlah pita yang merakamkan aksi Ariel dengan golongan berkenaan. Namun Morwoto menjelaskan, setakat ini pihak penyelidik akan memberi tumpuan kepada tiga video porno penyanyi itu yang didakwa dilakukannya bersama model Luna Maya dan artis Cut Tari. “Setakat ini pihak kami telah menemui 32 buah video yang mana empat daripadanya adalah aksi dia dengan laki-laki,” katanya kepada portol inilah.com semalam.

Laman portal itu turut menerima maklumat selain gambar-gambar Ariel dengan wanita, penyanyi itu turut merakamkan gambarnya dengan beberapa lelaki yang belum dikenalpasti identitinya.
More

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails