Kenapa Magika Masih Tidak Ditayangkan?
Teks oleh Thani Hasbullah KUALA LUMPUR, 24 JUN 2010 : Pasti ramai peminat yang ternanti-nantikan kemunculan filem terbaru daripada KRU Studios iaitu Magika. Lebih-lebih lagi bila ramai yang memperkatakan tentang kehebatan tentang keseluruhan pembikinan filem muzikal yang bercorak fantasi tersebut yang turut menampilkan ramai barisan selebriti terkemuka serta pelakon hebat.
Bagaimanapun, persoalan tersebut sudah pun terjawab apabila pihak KRU Studios dengan rasminya telah mengumumkan bahawa filem muzikal bercorak fantasi arahan Edry Abdul Halim itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 23 September ini.
Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu sidang media sempena pengumuman kerjasama KRU Studios dan Celcom di Menara Kuala Lumpur, petang semalam. Sungguhpun, ramai pihak tertanya-tanya mengapa KRU Studios mengambil masa yang terlalu lama untuk menayangkan Magika, lebih-lebih lagi bila ia sudah disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun lalu. Menjelaskan tentang hal ini, Presiden KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, Magika memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk dipromosikan. Dia berkata, keputusan tarikh tayangan itu juga dibuat setelah berbincang dengan pihak penaja utamanya iaitu Celcom. "Sebelum ini, memang kami menjangkakan ia akan ditayangkan pada 11 Mac lalu, tetapi selepas nberbincang dengan pihak Celcom, akhirnya kami telah menetapkan tarikh yang baru iaitu 2 minggu selepas raya. Bagi kami ia adalah tarikh yang cukups esuai, apatah lagi bila ia ditayangkan dalam suasana hari raya. more
Film: Magika
Genre: Musical
Status: 23 September 2010
Director: Edry Abdul Halim
Language : Bahasa Malaysia
Cast:
Ziana Zain, Aznil Hj Nawawi, Diana Danielle, Fimie Don, M. Nasir, Mawi, Maya Karin, Nabil, Ning Baizura, Sharifah Aleya, Sharifah Amani, dan Vanidah Imran.
Berikut poster yang dapat dikongsi bersama :
suka sangat poster kak G ni.. cantek banget !!
Source:
No comments:
Post a Comment