Wednesday, July 28, 2010

News : 524 termasuk 175 laman web lucah disekat

Source: MyMetro

Petikan dari MyMetro

"KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 524 laman web yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk 175 laman web lucah, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, tindakan menyekat laman-laman web itu dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menawarkan kandungan yang berunsur lucah, ganas, jelik, palsu dan mengancam.

"Tindakan undang-undang di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh diambil terhadap individu yang menyalahgunakan internet untuk kegunaan menyebarkan maklumat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik.

"Jika disabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali," katanya semasa menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) bagi kementeriannya di Dewan Negara, di sini hari ini.
"

Berita penuh, sila klik diatas. So apa pandangan anda? dah jadi macam sekolah rendah ajer..selamat kembali ke zaman persekolahan yer... heheh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails